Thursday, 24 November 2011

Trade bank - forex is gorilla

as salam..

aku baru menguji satu trading sistem yg baru aku kenal-trade bank.
dah lama aku tahu pasal teknik ini cuma x berpeluang utk mendalami n mengujinya lagi.
baru sekarang aku feel free utk mendalaminya..

fibodiv masih lagi aku menggunakannya, tengah fine tuning n testing utk trade swing, masih lagi running n popit buat masa sekarang..



teknik ni lebih pada kerangka kerja dan menunggu set up yg cun dan trade lot gajah. biasanya trade di london n us open. totally santai  n profitable..(booom lot gajah tu, recommend 1 pips=puluh@ratus usd, depend on margin). seminggu mungkin 2-4 x trade je, depend on market.

trade mengikut bank-big player, dan fokus pada 1-3 jam sahaja. selain pada itu forex is gorilla. kali pertama aku dengar orang cakap macam ni pasal forex. satu perspektif yg berbeza. big price movement berlaku bila big player masuk dalam market. kita hanya mengikut apa yg mereka lakukan sahaja. hanya berlaku waktu market london n us open sahaja.



selebihnya adalah gorilla sahaja. turun naik, atas bawah, hanya dipermainkan oleh sigorilla ini sahaja, sebelum kita dimakan olehnya. ada betulnya juga.. kalu part time mcm aku ni susah sikit la nak tgk chart time2 tu.... mungkin kena tukar keje kut nanti...:-)

 baru terjumpa info line snr di fxstreet, more accurate dari apa yg aku pakai sekarang ni.
btw aku cuti 4 hari ni, balik kampung hantar orang rumah cuti sekolah ni.. lepas balik sini baru nak mendalami lagi ilmu.. banyak lagi yg nak kena belajar..

c u again...

Monday, 31 October 2011

Hari ini dalam sejarah...

As salam semua...

Apa yg aku nak share ialah kejayaan aku mencipta rekod peribadi
dalam trading fx ni setelah hampir 3 tahun menceburi bidang ini..
Setelah hampir sebulan aku mempelajari teknik fibo n div oleh masta nurul123@zul,
mempelajari, memahami akan rahsia kehebatan fibo, dan mencubanya dalam acc
demo.. dari modal usd1k berkembang usd16k, tamak lalu menjadi 3k...

Setelah berskype dgn masta2 besar dan sahabat2 di dlm room, maka bertambahlah
keyakinan utk mendepo lagi sekali utk trade secara real.. kali ini aku gunakan broker insta semula setelah mengambil kira beberapa faktor.. leverage1:1000, bonus 30% dan swing
teknik walaupun agak teruk dari segi execution...



Dgn modal usd10 di depo pada pukul 4.30am, ditambah aku cuti 4 hari just semata-mata utk trade akan teknik ini. aku perhatikan ada 4 pair yg mempunyai set up yg cun sejak jumaat  ari tu, membuatkan aku bersemangat utk trade. 

Dan hasilnya...

profit usd14.09 dalam 5 jam trade, 108% net profit...
terus aku withdrawal modal+sedikit profit, usd15...


so, sekarang tinggal modal asal sahaja uk aku trade selepas ini..
ini sahaja jumlah yang aku sanggup utk mc lagi kalu trade aku x menjadi...

semoga sinar terang menerangi aku dalam mengharungi dunia fx ini...
amin...



Saturday, 15 October 2011

Pepatah forex..


 Forex ni mudah sebenarnya bila
dah sampai satu tahap....
Nak sampai tahap tu yang susahnya.....



Friday, 7 October 2011

Bertapa menuntut ilmu..

As salam semua..

Lama aku menyepi...
mencari idea, teknik n muhasabah diri akan fx ni...
kat mana salahnya...

teknik ke, nota ke, cikgu ke, market ke... cs ke...??????

bertemu dgn satu group akan satu teknik yg lebih jelas, big picture n alasan di setiap tindakan..
cuti 4 ari ni aku study n trial akan teknik ini..
mau demam jgk nak fahamkannya..

ada skype group n fb utk diskusi..
f2f boleh hello/minum dgn otai2 kat room..
training centre kat puchong perdana..
tgk dulu sejauh mana boleh pergi...
so far aku puas hati..








Saturday, 24 September 2011

korang percaya x dgn ss ni...?

 as salam semua..

lama aku x update kat sini...
saje melayan perasaan ni...

aku nak share dgn korang satu ss dari seorang
silent traders ni yg aku jumpa blognya secara x sengaja..

latest result raya ke-2 hari tu,  dalam orang sibuk beraya,
sempat jgk dia layan trade..



total usd 3371.60.. rm11,800.60
(exchange rate usd1=rm3.50)
dalam tempoh sehari...

acc standard ni dia trade, 1 pip=usd10,
banyak layan scalping apa yg aku nampak..
1 pip pun dia closed..
apa yg menariknya tentang brader ni ialah dia
belajar sendiri dari a-z tentang forex..

x pernah berguru dgn mana2 masta/otai..
belajar pun setakat spm je..
memang boleh buat duit dgn forex ni..
asalkan serasi dgn sistem yg diguna pakai
n disiplin diutamakan..
6 angka sehari pun boleh dapat macam ni
kalau modal dah besar..

x mustahil boleh jadi jutawan dgn fx ni...

korang percaye ke....?

Saturday, 17 September 2011

Payment rebate Ogos 2011

 as salam semua..

lama x update kat blog aku ni..
something happened actually..
biarlah rahsia bak kat ct...

rebate utk bulan ogos 2011..
satu dari instafx, sureheboh
ikofx dari ib m'sia, x ingat namanya..







aku tengah memikir2kan utk menjadi silent trader selepas ini...
nantikan keputusannya..

Sunday, 4 September 2011

result till 2/9/2011

as salam semua..

dalam duk sibuk orang nak beraya dan asyik keje full je dlm minggu ni,
dapat jgk la aku trade swing sikit,
230 pips n usd23..




floating x tahan tu..
732 pips / usd 72.80
semua op buy..
margin level dah down sampai 2130%
harap2 minggu depan dia naik la..

Monday, 29 August 2011

Selamat Hari Raya Aildilfitri..

As salam semua..



tahun ni aku x berapa happy sangat nak sambut raya..
kene kerja satu hal walaupun raya pertama cuti,
budget nak raya x berapa nak ada..
tahun lepas dgn company lama dapat 10 hari cuti..

harap kat bini je yg ligat sikit time nak raya ni..
bazar ramadhannya, order kuihnya lagi,
apam pakadot dia lg.. ada la masyuk sikit..

ini pun last minit nak balik kampung esok pagi..
plan raya kat sini je tahun ni.. last2 minit pulak tukar fikiran..
layan je la.. bagi dia happy sikit..
anak 3 orang dah ikut mak sedara dia balik dah..

aku ada 3 op aku buka tu, tp 15 pips each..
biar je la dia layan nak pergi mane..
2 sell 1 buy..
rabu malam baru boleh tengok result dia balik..

btw..
Selamat Hari Raya Aildilfitri semua..
Maaf Zahir Batin...



Friday, 26 August 2011

result till 26/8/2011

as salam semua...

alhamdulillah... syukran3x...

setelah seminggu duk mengkaji 'peel' eu ni,
malam ni aku dapat result yg membanggakan..
semua op aku close malam ni..
boleh katakan market ranging minggu ni..

stoch kat tpl swing banyak yg x complete cycle dia..
aku terpaksa banyak layan scalping utk counter trade
mana op yg floating tu..

fibo banyak membantu aku utk dapatkan exit/entry  point yg tepat..
ada pertambahan confident dlm diri aku utk trade kali ni..
mcm dah nampak apa yg teknik SOGTP amalkan selama ni..



ada yg aku close manually, pakai script actually..
coz x yakin boleh hit target fibo 161.8 as projection..
dah sentuh line r2 n stoch pun dah oversold...
x nak ulangi kesilapan minggu lepas lagi..
dalam 2 minggu dah double acc aku..
syukran...

jumpa minggu depan..

Tuesday, 23 August 2011

result till 23/8/2011

as salam semua..

aku attachkan result sampai malam selasa, 23/8/2011 at 11.30pm.





total usd 12.91, 324 pips, malam ni last berukband aku b4 expired..
belum ada budget nak top up lg..
tunggu gaji..

mungkin aku akan tukar operator pulak kot,
try guna YES (powered by YTL)..
4g, free 150 minit call,  free 150 sms but same price RM 68..

Friday, 19 August 2011

3rd depo.. usd100

sebenarnya ni duit akak ipar aku..
mula2 dia offer nak bagi, aku  x nak..
x confiden lagi.. kena pulak instafx aku mc baru2 ni..
profit n loss sharing- 40:60(dia:aku)

lepas fokus kat eu ni je,
cuba fahamkan 'peel' dia n jaga MM..
ada pulak confident sikit..
2 hari jgk aku pegang duit dia, 
duk pikir nak depo ke x nak..

11.30pm pegi maybank kasi masuk duit n 
malam tu jugak transfer masuk acc trading..

result terbaru..


ej tu aku bukak utk tgk market trend,
memandangkan dia leading pair-based oasis IA,
ntah mcm mana boleh tertekan op plk..

terpaksa set sl coz nak pergi keje pg semalam,
tgk pulak dia dah reverse kat tf 4h..
rugi2x..

dapat pulak welcome bonus usd20,
x perasan pulak aku ada bonus mcm ni..

kita tgk nanti sejauh mane boleh pergi acc ni..

summary 2nd depo-usd5

as salam semua..

aku attachkan ss aku yg menghijau ni..





alhamdulillah... syukran..
total usd 8.46, 371 pips..
utk 2 hari trade masa cuti hari tu..


Wednesday, 17 August 2011

eu scalping m5 n swing 4h

petang ni aku balik keje awal sikit..
separuh hari je..terus layan chart..
esok pulak cuti.. layan..

dalam pukul 5 pm acc iko aku mc..
terus aku depo lagi usd5..
sambil kepala aku ligat pikir apa patut aku buat..

sebelum buka pose aku sempat tp satu teknik swing..
lot besar jugak aku bukak...
x pernah serik aku ni .. 
buat benda yg sama jgk..



lepas buka pose aku cuba layan scalping m5..
guna indi n tpl yg sama, + fibo sebagai extra guide utk exit point..
fibo ni baru je aku study lebih detail kat trade fising style kat cg..
dapat la pencerahan sikit..

cuma aku gunakan silver ratio sebagai panduan,
instead of golden ratio..
pukul 2am aku stop trade.
market dah slow..

start ari ni, aku just fokus pada eu sahaja..
swing n scalping teknik..
tengok sampai mana aku boleh pergi..

insta fx swing - total loss

x sampai satu hari aku post pasal margin level dah cecah 700%
malam ni semua op aku stop loss..




x tahu aku nak cakap apa..
terkedu pun ada..
usd 30 @ rm 111 hangus macam tu je...

bukan senang nak senang..
betul la ada pepatah dalam dunia forex..

"aku bukan nak tahu berapa banyak ko profit tapi aku nak 
tahu berapa lama ko dah bertahan dalam dunia forex"

memang betul la 95% traders gagal dalam dunia forex..
minggu pertama untung kaw2..
masuk minggu kedua dah kena stop loss..

secara rasminya aku tutup acc kat instafx..
tumpukan pada satu broker je.. ikofx.

selamat tingggal instafx..

ikofx mc - part 1

iko fx aku mc, walaupun dapat 2 op profit tapi
mungkin margin x cukup kuat utk tampung market reverse..





morale of da story..

  • jangan trade awal pagi isnin, market tgh mencari arah trend..
  • jangan op lot besar jika x sure dgn arah market..
  • jangan tamak bro..
memang beza bila trade live acc dgn demo ni..
psychology dia lain sikit..


Tuesday, 16 August 2011

result insta swing 17/8/2011

utk minggu ni  baru 3 je close, floating dah cecah -/+ 1500 pips, 
margin level dah turun sampai 700 % je..
boleh tahan lg ke acc ni...?





2 eu yg close tu aku apply teknik moneymaker3k yg aku beli cd tu..
sebab cs akan hit balik kalu jarum yg panjang terbentuk pada cs tu..
dia macam set benchmark kat situ..
5 hari jgk floating..
aku bukak kat gu satu ari tu..
tgk sampai bila boleh close...

sayang untung dah dekat usd 28 tu...
kalu kritikal mungkin terpaksa inject sikit kut..
tgk dlm minggu ni @ depan..

result trade ikofx 16/8/11

as salam semua..

actually pagi semalam jugak aku dah tahu yg op pertama dah kena stop loss,
running yg kedua je.. balik malam tadi pun dah kena stop loss jgk..
habis modal aku usd10...



pagi selasa aku buka  lot 0.01 trade swing..
hit tp dapat la 40 pips, untung usd 0.40
try  my best utk build up balik acc ni..

Sunday, 14 August 2011

ikofx-scalping teknik 1st trade

pagi ni aku bukak 2 op, eu 0.2 lot n au 0.05 lot,
tgk mcm mana dia nak pergi..
kalu x sempat tgk result pagi ni,
balik keje mlm karang je la kot...



satu problem dgn indi ni ialah arrow dia repaint..
x berkenan betul aku.. 
kejap kat sini, 10 minit nanti dah pindah kat depan pulak..
sabar je la..
banyak tgk pada stoch n tf yg besar...

instafx - summary result week 1, 8-12/8/11

as salam semua..

utk minggu pertama, profit usd 25.76, ROI - 66%,
dgn floating usd 20. boleh tahan la utk swing teknik..
sempat pagi  ni aku buka satu op utk 
teknik scalping ni.. just back up mana yg floating tu je..
set tp 10-15 pips je.. 



dah 3 malam berukband aku ni problem..
x da connection la, time out la..
terminal kejap ada connection kejap x da..
surfing x payah cakap la..
langsung x boleh bukak..

tengok sebulan ni, kalu mcm ni jgk terpaksa la guna stremyx kot..
patut la masa kat oasis ari tu beriya benar dia suruh pakai streamyx
kalu nak serius dalam forex ni.. 
ni la puncanya.. x stabil line dia..

Friday, 12 August 2011

scalping lead indicator 2011

2 malam aku dok layan demo guna teknik ni, 
balik keje, 11.30 till 2-3 am..
40-50% margin used, memang memberangsangkan...
152% ROI..   usd152




tp aku guna stoch setting aku sendiri dr yg dia guna,
nampak lebih tepat sikit..

mlm td jgk aku bukak acc rebet under ib malaysia,
pg ni depo usd10..
start minggu depan aku nak layan scalping pulak, tf5.
main lot gajah, baru cepat jd jutawan...
x pun lingkup... kita tengok mana yg kena dulu...

mau berair biji mata aku ngadap monitor...
swing insta tu layan sampingan dulu, 
kasi close mana yg floating..

result 11-12/8/2011

satu hari cuti dapat satu je acc close.. manually..
ini tension layan swing ni...

malam td berukband buat problem..
time out la, no connection la..
surfing pun slow gila.. tension betul..

last2 aku close je mana yg popit tu..
dah malas nak tunggu, biar yg floating je..
302 pips, usd 6.94





Thursday, 11 August 2011

Lead Indicator 2011 by Uncleazrich

dah lama aku usha threads ni kat cg, 
pernah download yg free tp x tahu nak guna..
so aku terus x pakai..

setelah beberapa kali aku skype dgn masta ni,
malam ni kemuncaknya.. 
punya panjang lebar borak, 
akhirnya aku set nak buat payment n tentukan tarikh online coaching..
selang 2 jam dia hantar aku satu zip file via skype...
bila bukak semua indi n detail pasal system dia..

aku x bayar ape2 lg, dia dah hantar..
aku tanya dia, x takut ke kalu aku x jadi nak belajar dgn dia sebab bahan dah dapat,
buat apa aku nak bayar..
selamba dia jawab, x pe..


ss dia ada tunjuk dia buat usd1500 dalam 10 minit je..
mantap... lot gajah.. so dia x kesah sangat setakat rm200 tu...

aku sertakan ss acc demo ikofx dlm tempoh 2 jam aku trade,
dah profit 50%.. 2 op floating, salah entry..
amat sesuai utk aku main lot gajah nanti..



server problem..

instafx ni masalah dia server selalu time out, requote n no connection....
biasa la kalu broker cap ayam ni..
kalau x disebabkan leverage 1:1000.
x ingin aku trade kat broker ni..

nak main scalping x digalakan guna broker ini..
x boleh nak lawan ikofx jgk..



Wednesday, 10 August 2011

op trades n floating..

as salam semua..

kebetulan aku cuti ari ni... layan chart lebih sikit.. 
aku layan gj pulak.. tgk ada cun punya set up td..
margin used dah 3.22% dari total balance..

tgk minggu ni mcm mana pergerakan semua op aku ni..
MM wajib jaga.. maintain atas 3000% margin level..



result 10/8/2011

alhamdulillah...

hari ke-3, usd 4.70 n 109 pips..
ada 2 op eu tgh reverse kat +/- 350 pips..



result 9/8/2011

alhamdulillah...

hari kedua trade, dapat usd 8.19 n 176 pips..
ada 4 op yg masih floating lg...

biar dia run sendiri.. malas nak cut loss..
target aku 100% win..
MM kena peluk kuat2..





Monday, 8 August 2011

result 8/8/2011

as salam..

alhamdulillah..
trade hari pertama.. 
373 pips, usd 5.93..



Sunday, 7 August 2011

1st day trading

as salam...

pagi aku try set op utk 2 pair ni..
insta start pukul 5.00 am server dia baru buka..
harap2 mengena..
 eu


gu

depo n welcome bonus

dlm pukul 11pm jgk baru dia credit masuk dlm acc aku.. 
ye la, org pergi tarawikh ko ngadap pc..
welcome bonus pun dah dapat jgk..
usd9 so total usd 39.


depo acc instafx

as salam..

aku depo acc insta ni ytk trade swing, guna sistem bro warhead..
x sabar rasanya utk aku trade swing ni.. usd30/rm 111
harap2 dapat target  profit 100% per month

kad debit dah lama siap n dapat.. tp mungkin aku x guna utk withdrawal kut..
rugi.. kalu ib-rn3.50, kad debit rm2.90 sekarang ni... usd dah lemah berbanding ringgit..



bismillahirrahmanirrahim...

dgn lafaz yg mulia aku memulakan trading acc real ini..
semoga beroleh keuntungan hendak Nya... 

Amin..