Masih bernafas hingga ke hari ini..
Masih lagi trading sehingga ke hari ini..
Masih lagi profit n loss hingga ke hari ini...
Masih lagi mc sehingga ke hari ini..
Banyak kenangan manis dan pahit ditempuh..
Mencari masa untuk trade..
Mencari m
odal untuk trade..
Line internet prepaid yang putus-putus..
Line internet yang selalu kehabisan kuota..
Sudah berpuluh sim kad dibeli..
Digi dan Celcom silih berganti..
Akhirnya Unifi menjadi peganti..
Barulah manisnya dapat dinikmati..
Pelbagai teknik dicuba dan dipelajari..
Mencari konsisten yang hakiki..
Selalunya emosi menjadi pengganti..
Acc mc termenung sendiri..
Adakah ini suratan atau kesilapan sendiri..?
Kini sudah bekerja sendiri..
Sekadar membantu biz isteri..
Ada masa trade sendiri..
Selalunya terkejar menolong sibini..
Kurang 2 minggu Ramadhan menjelma..
Pelbagai impian dipasang untuk kali ini raya..
Semasa profit nampak jelas semuanya..
Bila mc mulalah gundah gulana..
Walau apapun perjalanan perlu diteruskan..
Kerana ini sudah pilihan..
Mengharapkan sinar dihujung jalan..
Moga termakbul dengan izin Tuhan..