Monday, 30 May 2011

set, forget n mc... gu 4477 part 1

as salam semua..

nampaknya cara yg aku gunakan ni x berapa menjadi..
tiada sistem yg salah, cuma penggunanya yg biasanya melakukan kesalahan..




aku akan cuba pula cara ke-2, profit boleh buat,
loss kena control, baru boleh boleh sustain dlm dunia forex...

Sunday, 29 May 2011

summary minggu ni, 23/5 - 27/5

as salam..

x banyak aktiviti trade aku boleh buat dalam minggu ni, banyak hari kena full sebab asst aku berhenti lebih awal dari notis.. pukul 11pm ke atas baru dapat tengok chart.





aku cuba applikasikan ilmu baru yg aku dapat dari vcd forex haha tu, banyak juga yg berhasil.. aku cuba reviewkan semula cara aku setting chart utk utk trade swing pd gu sebagai permulaan. tambahan pula aku baru cuba satu teknik kat gu, mcm magic no. 44 n 77.


tp apa yg aku buat ialah set, forget n tp. agak risky coz aku cuma guna usd500 sebgai modal, 1 pips=usd1.. mungkin patut aku convert ke akaun mini jadi 50,000 sen baru selamat. tgh floating usd715 dari total margin usd817.. menunggu masa utk mc je ni..


apa yg aku perhatikan, snr masih memainkan peranan yg penting dlm teknik ini. apa yg tuan tanah cadangkan gunakan teknik hedging-double lot size utk cover loss, sesuai bg mereka yg mengadap pc sentiasa. kalu selalu offline terpaksa la guna sl..

dari sini aku dapt idea utk applykan semua ilmu yg aku pelajari utk set up swing trading pd gu. masih dlm peringkat kajian.


masih menanti modal utk trade acc real.. 
penantian satu penyiksaan...

Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini...

Sunday, 22 May 2011

Preview teknik Forex Haha

As salam..

Cd yang aku tunggu2 akhirnya sampai juga sabtu lepas kat tempat kerja aku. Ahad pagi sampai malam baru habis aku mentelaah isi kandungan cd ini. Biasa la kalu cuti duk rumah, banyak gangguan yg terlibat terutama dari anak2 aku ni..

Apa yang boleh aku katakan teknik ni 'more to teknikal part', aku pun tak sangka boleh buat profit dgn cara mcm ni. Totally naked chart, candlestick je.. aku dari dulu start memorex ni dah diajar guna custom template yg colourful tu sampai naik pening aku tgk colour dia...

Lepas tu pelan2 aku try guna simple indicator n snr, bagi bersih sikit chart.. sampai la aku jumpa teknik fundamental kat carigold forum oleh masta luk payat. Lepas aku pergi kelas preview dia, apa yg ditekankan ialah faktor fundamental yg menggerakan market, so benda tu dah tertanam dalam kepala otak aku setelah dapat membuat profitable trades menggunakan kaedah ini.

Dengan 20+2 teknik yg diberi, aku sure boleh buat profit based on technical chart sahaja, tanpa perlu merujuk kepada news kat forexfactory, tp tak selumayan la kalau guna fundamental teknik. sebab dia ambik pips pun dalam 10-15pips sahaja..

Secara keseluruhan cd ini amat berbaloi bagi aku yg boleh katakan agak 'kurang' tentang technikal dan aku bagi rating 4 dari 5 bintang.. cayalah bro moneymaker3000..

Wednesday, 18 May 2011

Forex Haha Video Tutorial

As salam..

Aku masih menunggu ketibaan video di atas yg dijual oleh bro moneymaker3000, salah seorang otai-IkoFx dalam bidang forex ni.. Lebur jugak la rm150, tp utk ilmu punya gua x kisah.. long term investment.


Apa yg u dapat ialah 20 teknik+2 bonus yg digunakan oleh bro ini dalam trading. itu buat gua excited.. tak ternilai ilmu tu coz apa yg dijual ialah asam garam, pahit manis dalam mencari teknik trading yg sesuai n profitable bagi dia.. so kita dah jimat masa n tenaga utk mencari n  mencuba sendiri teknik itu..




harap2 dapat la sampai dalam minggu ni..
x sabar rasanya na belajar ilmu baru..

Monday, 16 May 2011

Preview buku SurFxwave Guidance ver 3

As salam..

Kali ni aku nak berkongsi dgn buku yg aku beli pada 1/2/2011 ari tu.. dah lama aku survey group ni coz salah seorang tenaga pengajarnya ialah Mr. Sham, salah seorang masta@sifu yg famous di fxopen-malaysia forum. harga dia rm150, agak mahal bagi aku tapi ilmu punya pasal, beli je la.. x rugi pun invest kat benda2 ilmu ni..



Konsep dia ialah gabungan elliot wave+trendline+fibonachi. Elliot wave adalah satu teknik yg tertinggi tahap dia dlm bidang forex, naked chart sahaja, boleh katakan 'old school method'. banyak nak kena tgk chart coz u nak kena counting dia punya waves based on formula dia. trendline juga terlibat dlm sistem ini. fibonachi menunjukkan kepada tp/exit point yg tepat utk profit yg maximun.

apa yg best dgn group ni, dia bagi template utk 5 major pair setiap hari selepas pukul 2pm utk kita jadikan reference 'market movement' pada hari tu. ini bagi mereka yg beli buku sahaja la, kalau pegi course training dia yg rm 2k utk 5 hari tu, lagi banyak support yg ko dapat.. club house dia memang cantik(tengok gambar la) ingat nak pegi jugak course masa mula2 dulu, tp dah lepas beli buku ni, aku rasa sistem ni x sesuai dgn jiwa aku dlm trading.. aku baca buku ni sebagai panduan tambahan je..

Awal bulan mei hari tu dia orang dah releasekan version 4, tambah rm50 bagi yg sape2 yg dah ada buku yg lama. utk ahli baru rm200, dah naik rm50, mungkin ikut harga gula naik 20sen baru2 ni kut @ harga minyak ron97... tgk dlm bulan depan aku beli kut, simpan buat koleksi peribadi..

apa2 pun teknik yg kita guna, mesti la serasi dan profitable for long term..
x da satu sistem pun yg 100% perfect dlm trading.. 
jangan under estimate market movement..

Sunday, 15 May 2011

Preview oasiswealthbuilder


As salam semua...

Kali ini aku nak berkongsi satu majlis preview mengenai forex oleh oasiswealthbuilder. Sifu dia adalah bro  mizie@lukpayat, salah seorang master dlm dunia forex. Beliau banyak memberikan sumbangan di dalam forum carigold mengenai  teknik2 yang digunakan olehnya untuk dikongsi bersama.

Aku salah seorang pengguna meter oasis dan juga Intermarket Analyser(IA) yang dicipta olehnya. Boleh memberikan pips hijau jika kena caranya dan juga tamak tidak menguasai diri. Selama 2 minggu menjadi full time trader selepas berhenti kerja dan berehat sementara waktu sebelum memulakan kerja ditempat baru, sistem trading ini memang banyak membantu dalam membuat keputusan trading.

Setelah berasa selesa dan yakin dengan sistem yang digunakan, aku pun berminat nak mengenali lebih dekat lagi group ini, lalu mendaftarkan diri utk menghadiri sesi previewnya pada Sabtu, 5/3/2011 dgn bayaran rm30. itu pun last minit.

Kalu x silap aku, ada 6 orang je yg dtg ari tu. Satu couple suami isteri, satu couple student n seorang student dari kolej kat subang, semuanya melayu. Speakernya en. Zamri, boleh katakan dalam 40% -70% aku dapat ilmu baru hari tu. Memang betul la orang cakap, nak menuntut ilmu ni kena cari guru, kalau x kita berguru dgn syaitan. Syok sendiri lebih…..





Puas hati jugak la dgn perjalanan kelas hari tu, santai je n borak2… kalau kat luar mahu charge ratus2 punya utk preview mcm tu. memang betul la dia orang ni nak tolong orang melayu kita coz kalau charge mahal2 mana mampu orang nak pergi..  ingatkan dapat jumpa dgn masta luk payat, tp dia x datang pulak…memang aku plan nak buka acc under komuniti ni, so dapat attend kelas anytime at no charges n life time support.

Summary kelas preview:-
 
Trading Plan
  • Trading sistem
  • Trading rutin
  • Your mindset
  • Your weakness
  • Your goals
  • Your trading journal

 tak sabar rasanya nak pergi kelas dia orang...


" Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian "

Tuesday, 10 May 2011

Satu perjalanan baru bermula

Ini post pertama aku dalam mencatatkan perjalanan trading aku secara serius sebelum aku mendeposit ke dalam akaun real. Setelah hampir 2 tahun trial n error segala macam teknik n template yang ada, kini aku telah temui satu cara yang profitable bagi aku buat masa ini jika tamak tidak menguasai diri.



Segala macam pahit manis dalam forex aku harungi dengan hati yang tabah dan cekal, kerana aku percaya ini adalah jalan bagi aku mencapai cita2 menjadi seorang yang financial n time freedom didalam perkara yang aku minati.

Bagaikan orang yang bercinta, sehari jika tidak mengadap chart, rasa resah n rindu menguasai diri adanya. Diharapkan blog ini menjadi catatan dan peringatan bagi aku dalam menempuh hidup seorang trader pada masa akan datang.Aminn...