Sunday, 22 May 2011

Preview teknik Forex Haha

As salam..

Cd yang aku tunggu2 akhirnya sampai juga sabtu lepas kat tempat kerja aku. Ahad pagi sampai malam baru habis aku mentelaah isi kandungan cd ini. Biasa la kalu cuti duk rumah, banyak gangguan yg terlibat terutama dari anak2 aku ni..

Apa yang boleh aku katakan teknik ni 'more to teknikal part', aku pun tak sangka boleh buat profit dgn cara mcm ni. Totally naked chart, candlestick je.. aku dari dulu start memorex ni dah diajar guna custom template yg colourful tu sampai naik pening aku tgk colour dia...

Lepas tu pelan2 aku try guna simple indicator n snr, bagi bersih sikit chart.. sampai la aku jumpa teknik fundamental kat carigold forum oleh masta luk payat. Lepas aku pergi kelas preview dia, apa yg ditekankan ialah faktor fundamental yg menggerakan market, so benda tu dah tertanam dalam kepala otak aku setelah dapat membuat profitable trades menggunakan kaedah ini.

Dengan 20+2 teknik yg diberi, aku sure boleh buat profit based on technical chart sahaja, tanpa perlu merujuk kepada news kat forexfactory, tp tak selumayan la kalau guna fundamental teknik. sebab dia ambik pips pun dalam 10-15pips sahaja..

Secara keseluruhan cd ini amat berbaloi bagi aku yg boleh katakan agak 'kurang' tentang technikal dan aku bagi rating 4 dari 5 bintang.. cayalah bro moneymaker3000..

No comments:

Post a Comment